Monday 7 December 2015

Gempar! Jika ada bom meletup di KL ...

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini berkata, pengkritik rang undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara mungkin akan berubah fikiran jika ada bom meletup di Kuala Lumpur.

Dalam Twitternya hari ini, Rahman berkata jika sesuatu kejadian seumpama itu berlaku, ia mungkin sudah “terlewat”.

“Jika ada bom meletup di KL maka mungkin anda akan lihat ia daripada pandangan berbeza. Tetapi malangnya ia akan sudah terlewat,” kata menteri perumahan, kerajaan tempatan dan kesejahteraan bandar itu di akaun Twitter @mpkotabelud.

Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, demikian sebagai respons terhadap tweet yang mengkritik rang undang-undang berkenaan yang diluluskan di Dewan Rakyat, pada waktu hampir tengah malam, 3 Disember, hari terakhir persidangan bagi tahun ini.

Rang undang-undang yang mengejutkan itu dibentangkan hanya 2 hari sebelum itu.

Rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara memberikan kuasa kepada perdana menteri mengisytiharkan “kawasan keselamatan” tanpa perlu perkenan Yang di-Peruan Agong, yang akan membenarkan pihak berkuasa menahan sesiapa tanpa waran di kawasan berkenaan.

Penggeledahan dan rampasan harta juga boleh dilakukan tanpa waran.

Tindakan majlis itu juga tidak boleh dicabar di mahkamah.

Perdana menteri ialah pengerusi majlis berkenaan, yang turut terdiri daripada menteri dalam negeri, menteri pertahanan, timbalan perdana menteri dan 4 lagi anggota kerajaan peringkat tinggi, termasuk angkatan tentera dan ketua polis.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, majlis itu memberikan kuasa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk “jual negara”.

Rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara menerima pelbagai kritikan kerana memberi hampir “kusa mutlak” kepada Najib, dan gabungan pembangkang Pakatan Harapan menggelarnya sebagai “hukuman mati terhadap demokrasi”. – 7 Disember, 2015.

[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...